Jangan Manjakan Anak Lelaki dengan Salah Asuhan

Jangan Manjakan Anak Lelaki dengan Salah Asuhan

Saya pernah tengok ada anak lelaki jadikan mak dia hamba.

Daripada buang sampah sampai la basuh mangkuk jamban pun maknya yang terpaksa buat.

Selidik punya selidik rupanya si emak terlampau manjakan si anak lelaki!

Niat dah baik tapi caranya tu salah.

Anak mungkin berhak jadi raja hanya ketika umurnya di bawah 2 tahun tapi bukannya sampai umur 20 tahun!

Tanpa sedar kasih sayang tadi menjadi ‘delicious poison’ yang membunuh kepimpinan dalam diri si anak tadi.

Sebab tu la :

+ jangan takut bagi anak lelaki cuci pinggan
+ kena berani suruh anak lelaki buang sampah
+ kena tegas suruh anak buat kerja mengemas
+ kena biasakan anak lelaki memasak
+ kena ajar anak yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan semata

Ini semua adalah persedian hidup untuk menjadikan anak seorang pemimpin.

Pemimpin adalah orang yang memahami dan tahu keperluan orang yang di bawah tanggungjawabnya suatu hari nanti.

Penulis asal : Taufiq Razif

Berikan Ulasan Di sini