Kreasi Foto Polaroid

4 Cara Untuk Menjadikan Minda Supaya Lebih Kreatif

Kreativitas, ‘Creativity’ (dalam bahasa Melayunya kreatif) artinya “mencipta sesuatu yang baru yang tidak pernah ada sebelumnya”. Dari pandangan Islam, seorang ilmuwan bernama Al-Mazeidy berpendapat bahwa kreatif adalah apabila kita mampu mencipta sesuatu yang bermanfaat kepada manusia lain dalam masa yang sama sejalan dengan ajaran Islam.

Jika ditelusuri sirah, kita akan menemui banyak contoh kreativiti dalam berfikir ini pada sosok yang paling agung, Rasulullah SAW serta para sahabat baginda. Masih ingat peristiwa untuk meletakkan semula hajarul aswad? Ketika itu Rasulullah SAW menggunakan kain serban baginda untuk mengangkat hajarul aswad supaya setiap wakil kabilah dapat sama-sama memegang bucu kain. Seorang sahabat yang bernama Salman al-Farisi pula mencadangkan agar digali parit untuk menghalang tentera mara.

Kita juga ada ramai ilmuwan silam yang kreatif menghasilkan ciptaan-ciptaan yang unik ketika itu seperti ‘Jam Gajah’ oleh Al-Jazari, Ibnu Firnas yang mencipta mesin terbang pertama, Ibnu al-Haitham yang menemukan idea tentang optik dan banyak lagi.

Adakah kreativiti pada zaman ini telah hilang? Tidak, kita sebenarnya tidak menyedari bahawa ada ramai sebenarnya umat Islam yang kreatif melakukan sesuatu cuma bentuk kreativiti ini berubah mengikut zaman. Ada yang membangunkan perniagaan, mencipta teknologi seperti aplikasi telefon yang memudahkan orang ramai, ada yang melibatkan diri dalam industri filem dan banyak lagi.

BACA JUGA:   Baru Sebulan, Diajak Teman Untuk Kabur, TKW Taiwan Asal Subang Ini Malah Dijual Teman Sendiri

Jadi Bagaimana Untuk Kita Bermula?

1- Yakin Bahawa Anda Mampu Untuk Berfikir Secara Kreatif

Kreatif bukan hanya milik orang yang genius tetapi ia milik semua orang yang mampu berfikir. Kajian menunjukkan bahawa semua orang sebenarnya kreatif. Ia bukan hanya tentang orang yang berjaya menghasilkan karya lukisan yang cantik, atau yang mampu mencipta atau membuat penemuan baru yang fenomenal. Kreatif adalah suatu sikap yang boleh diasah dan dibentuk. Selagi kita mampu berfikir, maka kita mampu menjadi kreatif.

2- Belajar Teknik Berfikir

Teknik berfikir sebenarnya boleh dipelajari. Edward deBono ada memperkenalkan teknik berfikir secara kreatif yang dinamakan “6 Thinking Hats”. Teknik ini mengetengahkan konsep pemakaian topi imaginasi yang mewakili cara berfikir. Selain itu, Michael Michalko dan Roger Von Qech juga ada mengkaji dan menulis tentang proses pemikiran kreatif.

“Proses berfikir secara kreatif bukan bakat, tetapi ia adalah suatu yang boleh dipelajari. Ianya dapat menambah kekuatan kepada kebolehan semula jadi yang telah ada sekaligus dapat menambah baik produktiviti, kerjasama dalam kumpulan dan juga kerja-kerja berkaitan”
Edward DeBono

3- Peta Minda

Membuat peta minda juga adalah suatu teknik yang bagus untuk merangsang otak berfikir. Anda dapat mencoret perancangan atau mencatat idea yang mungkin muncul secara tiba-tiba. Anda boleh membuatnya dalam bentuk ranting atau garisan. Dari satu titik punca anda dapat menghurai dengan lebih lanjut sebab, kemungkinan atau apa-apa yang boleh mengembangkan lagi idea asal.

BACA JUGA:   Punya Anak Jadi Bupati 2 Periode, Ibu Ini Tolak Kemewahan, Pilih di Kampung Jual Sayur

Sebaiknya peta minda tersebut dibuat dengan menggunakan warna yang terang, gambar atau simbol dan meminimakan seboleh mungkin penggunaan perkataan.

4- Pecahkan Rutin Anda

Kadang-kadang menukar rutin dapat membuka fikiran kita kepada perspektif yang baru. Ia semudah menukar menu ketika makan tengah hari, membeli belah di pasaraya yang berlainan atau menggunakan apa sahaja yang ada di dapur untuk memasak menu baru. Tanpa disedari, kita akan menjadi seorang yang lebih terbuka dengan pengalaman dan pandangan orang di sekeliling.

Sumber:
“Islamic perspective of creativity: A model for teachers of social studies as leaders” oleh Samih Mahmoud Al-Karasneha dan Ali Mohammad Jubran Saleh
Productivemuslim.com

Loading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *